TABUNGAN TAKAFUL IHKLAS
APA ITU PELAN TABUNGAN TAKAFUL IHKLAS?
Pelan Tabungan Takaful Ihklas adalah satu pelan berbentuk pelaburan jangka panjang, yang begitu unggul dengan menyediakan
dana simpanan,pulangan ke atas pelaburan dan perlindungan kepada peserta.
Umur Penyertaan 30 hari hingga 55 tahun
Jumlah Perlindungan Minima RM10,000 hingga tiada had maksima, tertakluk kepada
keputusan underwriter
Tempoh Matang Sehingga 60 tahun
Jumlah Sumbangan Fleksible
KENAPA SAYA MESTI MEMILIH PELAN TABUNGAN TAKAFUL IKHLAS?
Melalui pelan ini anda akan mendapatkan faedah-faedah seperti berikut:
1. DANA SIMPANAN
Apabila sijil mencapai tempoh matang, anda akan memperolehi pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan
jumlah terkumpul dari Akuan Pelaburan Peribadi serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Taawuni
2. MUSIBAH KEATAS DIRI ANDA
Sekiranya berlaku musibah kematian atau hilang upaya kekal kepada anda, keluarga anda atau waris terdekat anda akan memperolehi
manfaat perlindungan termasuk jumlah yang terkumpul di dalam Akuan Pelaburan Peribadi anda.
3. PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan sehingga tiga kali sepanjang tempoh pegangan sijil, setelah sijil berkuatkuasa sekurang-kurangnya
lima tahun. Dengan jarak minima adalah dua tahun. Yuran sebanyak RM15.00 di kenakan untuk caj perkhidmatan.
4. PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan anda boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah minima adalah RM50.00 di mana jumlah ini akan
di masukkan sepenuhnya ke dalam Akuan Pelaburan Peribadi anda.
5. PILIHAN RIDER TAMBAHAN
Anda boleh menambah perlindungan tambahan kepada Pelan Tabungan anda mengikut keperluan iatu rider bertempoh, penyakit
kritikal, kemalangan diri, khairat kematian dan manfaat hospital pada masa yang sama atau selepas setahun polisi diterima.
6. POTONGAN CUKAI PENDAPATAN
Semua sumbangan Pelan Tabungan ini akan mendapat pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) sehingga RM5000
|