SEJAUH MANAKAH ANDA TELAH MERANCANG MASA DEPAN ANAK ANDA?
APA ITU PELAN PENDIDIKAN TAKAFUL IHKLAS?
Pelan Pendidikan Takaful Ikhlas adalah satu pelan perlindungan dan tabungan jangka panjang untuk memastikan keperluan
pendidikan anak-anak terjamin.
Kelayakan Penyertaan
Had Umur Anak : 30 hari Sehingga 12 tahun
Had Umur Pembayar : 20 tahun Sehingga 50 tahun
Umur Pada Tarikh Matang : 18 hingga 23 tahun
Perlindungan Minima : RM 10,000 Maksima:RM 30,000
Sumbangan Minima : fleksible
KENAPA SAYA MESTI MENYERTAI?
Melalui Pelan Pendidikan ini anda akan mendapatkan faedah-faedah seperti berikut:
1. TABUNG PENDIDIKAN
Apabila sijil mencapai tempoh matang, anak anda akan menerima sekaligus jumlah yang terkumpul dari Akuan Pelaburan Peribadi,
Pendapatan Pelaburan Bersih dan Lebihan Bersih dari Dana Risiko.
2. MUSIBAH KE ATAS ANAK
Sekiranya berlaku musibah kematian atau hilang upaya kekal kepada pihak anak, anda akan memperolehi manfaat sehingga RM30,000
maksimum, termasuk jumlah yang terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi, Pendapatan Pelaburan Bersih dan Lebihan Bersih dari
Dana Risiko
3. MUSIBAH KEATAS PEMBAYAR
Sekiranya berlaku musibah kematian atau hilang upaya kekal kepada pembayar, semua pembayaran sumbangan akan di bayar oleh
pihak Takaful Ikhlas melalui Dana Risiko sehingga tarikh sijil matang.
FAEDAH-FAEDAH LAIN
1.ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Anak anda akan di anugerahkan RM100.00 untuk setiap markah A yang di capai di dalam semua matapelajaran UPSR(minima 5A),
PMR(minima 7A) dan SPM/SPMV(minima 7A).
2. PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan sehingga tiga kali sepanjang tempoh pegangan sijil atau maksimum 50% (gabungan 3 pengeluaran)
dari Akuan Pelaburan Peribadi bermula dari tahun ke 6.
3. PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan anda boleh di tambah apabila sijil anda mencapai tempoh minimum satu tahun. Penambahan minimum adalah RM50.00
4. PILIHAN RIDER TAMBAHAN
Anda juga boleh menambah perlindungan tambahan kepada Pelan Tabungan anda mengikut keperluan, iaitu Rider Bertempoh, Penyakit
Kritikal, Kemalangan Diri, Khairat Kematian dan Manfaat Hospital.
5. POTONGAN CUKAI PENDAPATAN
Sumbangan Takaful Pendidikan ini medapat pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) sehingga RM3000.
|